20 Mac 2025 - Penolakan rayuan dari Mahkamah Rayuan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikatnya atas dakwaan antipersaingan.

Keputusan ini dibuat berdasarkan keputusan panel tiga hakim iaitu Datuk S.Nantha Balan,Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.MyCC turut diperintahkan membayar kos guaman RM50,000. Hakim Datuk Lim Chong Fong menyatakan bahawa rayuan MyCC tidak mempunyai merit serta Grab tidak diberi peluang untuk merayu melalui prosedur pembetulan dalaman.Siasatan yang dibuat mendapati MyCC terjejas akibat kecuaian prosedur termasuk kelemahan dalam pengendalian aduan pada 2019.

Selain itu,MyCC gagal memaklumkan Grab mengenai siasatan yang menyebabkan syarikat itu tidak tahu akan tuduhan yang dikenakan.

Kes ini berlaku akibat Grab yang memfailkan semakan kehakiman pada Disember 2019 bagi mencabar denda berkaitan dengan sekatan terhadap pemandu mereka.Pada Februari 2020 pula penolakan permohonan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi kerana MyCC punya keputusan belum lagi muktamad.

Pada April 2021,kebenaran untuk semakan kehakiman dan proses pengembalikan kes ke Mahkamah Tinggi diluluskan untuk proses perbicaraan penuh.Pada 2020 pula Mahkamah Persekutuan menolak permohonan MyCC untuk merayu keputusan itu dan disebabkan itu perbicaraan substantif diteruskan.

Dalam prosiding hari ini,MyCC diwakili oleh peguam Tan Sri Tommy Thomas dan Mervyn Lai Wei Shiung manakala Grab diwakili Datuk Malik Imtiaz Sarwar.

Berminat nak daftar grabcar atau grabfood?Klik sini

Disclaimer

This website is operated by a third party, 'Grab Authorised Alpha Team' to manage and register new Grab Driver-Partner and Grab Delivery-Partner in Malaysia since 2017. 

This website is operated by a Third Party, and is not endorsed by or affiliated with Grab (MyTeksi Sdn Bhd)
WhatsApp chat
PROMO RM50 psv course
Promo RM50 Kursus PSV di Petaling Jaya, Johor Bahru, Penang, Melaka, Ipoh, Kota Kinabalu