Apakah itu PSV?
PSV adalah singkatan kepada Public Service Vehicle. Lesen ini adalah wajib jika anda mengambil penumpang yang berbayar atau lebih mudah dikenali sebagai Lesen Teksi, Lesen Bas. Untuk menjadi pemandu E-hailing, pemandu wajib mempunyai lesen PSV Teksi/E-hailing.
Adakah PSV wajib untuk diambil sebelum mendaftar Grab?
Ya, pemandu wajib mempunyai lesen PSV Teksi/E-hailing untuk mendaftar sebagai Pemandu Grab atau syarikat e-hailing lain. Dengan Lesen ini pemegangnya dibenarkan untuk membawa penumpang berbayar di dalam Malaysia secara sah.
Apakah syarat untuk mendapatkan lesen PSV?
– Warganegara Malaysia
– Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas
– Mempunyai lesen memandu D penuh dan bukan lesen Percubaan
– Lesen memandu belum tamat tempoh
– Nama dalam sistem MySikap JPJ tidak disenarai hitam
– Menduduki Kursus PSV selama 6 jam yang dikelolakan oleh intitusi memandu yang sah
– Lulus pemeriksaan kesihatan
Bagaimanakah cara untuk dapatkan lesen PSV
Dalam Lembah Klang
Sekiranya anda berada di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, kami ada menyediakan kursus PSV di Shah Alam (RM85) dan Petaling Jaya (RM150).
Grab akan membayar semula kos kursus PSV dari RM100-150 (t&s)
Pastikan anda tidak pernah ada kes mahkamah atau kes polis
Klik butang di bawah untuk pilih lokasi pendaftaran Grabcar anda. Admin kami akan hubungi anda untuk memberikan keterangan lanjut dan memberi anda borang tempahan kursus PSV.
Luar Lembah Klang
Sekiranya anda berada di luar Kuala Lumpur atau Selangor, anda boleh mendaftar kursus psv di mana-mana institut memandu yang menawarkan kursus psv e-hailing.
*Grab akan membayar semula secara penuh keseluruhan yuran anda apabila anda melawat Institut Memandu yang disyorkan (sah untuk masa terhad dan bergantung kepada bandar) dan setelah 30 perjalanan (E-hailing) di bandar pendaftaran anda dilengkapkan dalam masa 30 hari dari tarikh pengaktifan akaun.
Pastikan anda tidak pernah ada kes mahkamah atau kes polis
Klik butang di bawah untuk pilih lokasi pendaftaran Grabcar anda. Admin kami akan hubungi anda untuk memberikan keterangan lanjut dan memberi anda senarai institut memandu yang disyorkan
1) Pemeriksaan Kesihatan
Cetak Borang Permohonan Lesen Vokasional (JPJL8a) muat turun borang JPJL8a
Bawa borang JPJL8a dan dapatkan pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik .
*Grab akan membayar balik kesemua pemohon yang lulus Pemeriksaan Kesihatan Lesen PSV.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
2) Daftar Kursus PSV
- Salinan ic pemandu
- Salinan lesen memandu (lesen memandu malaysia sahaja)
- Laporan kesihatan JPJL8a yang telah lengkap diisi dan lulus pemeriksaan kesihatan
- Sediakan wang yuran untuk proses pembayaran di kaunter pendaftaran
Bawa borang JPJL8a dan dapatkan pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik .
*Grab akan membayar balik kesemua pemohon yang lulus Pemeriksaan Kesihatan Lesen PSV.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
3) Hadir ke Kelas Teori 6 Jam seperti yang Ditetapkan
Untuk hadir ke kelas anda dinasihatkan untuk hadir lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakan kesesakan lalu lintas dan mnyebabkan anda gagal untuk membuat pengesahan kehadiran.
Seterusnya pastikan anda membawa dokumen yang paling penting iaitu kad pengenalan anda untuk proses “thumb print” dan pastikan cip kad pengenalan anda tidak rosak yang mungkin menyebabkan kegagalan untuk proses pengesahan kehadiran.
Dari segi etika pemakaian, anda diwajibkan untuk mengenakan pakaian yang kemas dan tidak menjolok mata, di syorkan untuk memakai t-shirt berkolar dan berkasut.
Maklumat tambahan:
*Nota Teori Kursus PSV
4) Permohonan Lesen PSV di JPJ
Setelah berjaya menghadiri kursus PSV, maka langkah terakhir anda perlulah menyediakan semua dokumen dibawah untuk proses permohonan kad psv di JPJ negeri. Pastikan anda ke cawangan JPJ negeri yang sama dengan institut memandu yang anda hadiri kursus PSV sebelum ini.
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
- Pengenalan diri asal wakil
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
- Borang JPJL8A. (Borang pemeriksaan kesihatan permohonan lesen vokasional)
- Sijil MySikap
- Sijil JPJL2C (Sijil Latihan)
- 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
- Bayaran RM20.00
Selesai semua proses diatas maka dengan ini kami mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah Berjaya mendapatkan Lesen PSV Ehailing ini. Setelah anda dapatkan kad PSV sila update kepada admin pendaftaran pemandu Grab anda untuk mereka menyelesaikan proses pendaftaran pemandu grab anda dan menyelesaikan Proses Permohonan permit memandu ehailing ( EVP).