8 April 2025 - Pemandu yang ingin mendaftar sebagai GrabCar Driver perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Grab. Pemandu yang layak untuk mendaftar ialah pemandu yang berwarganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas. Selain itu pemandu tersebut mesti memiliki lesen Memandu Kelas D atau DA penuh berserta lesen PSV. Kenderaan yang hendak didaftarkan mesti 15 tahun kebawah atau lebih spesifiknya 14 tahun 6 bulan,mestilah mempunyai geran kereta yang didaftarkan selain daripada atas nama syarikat dan mempunyai insuran yang ada ehailing.
Proses pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian
https://bit.ly/grabregistrationwb,media sosial dan sebagainya. Selain daripada pendaftaran secara atas talian, pemandu yang berminat nak mendaftar juga boleh pergi Grab hub Puchong
https://g.co/kgs/uZQsSx8. Pemandu hanya perlu menyediakan beberapa dokumen iaitu kad pengenalan, lesen memandu, geran kereta serta insuran kenderaan yang meliputi perlindungan ehailing sebelum nak buat pendaftaran.
Bagi pemandu yang belum memiliki lesen PSV, anda boleh membuat tempahan untuk menghadiri kursus PSV melalui
https://grabeasyregister.com/lesen-psv-untuk-pemandu-grab/. Antara proses mendapatkan lesen PSV ialah menghadiri kursus PSV selama enam jam di sekolah memandu atau institusi yang diiktiraf, melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik yang panel dan perlu pergi ke JPJ untuk memperoleh lesen PSV. Kos untuk mendapatkan lesen ini adalah antara RM85 hingga RM150 bergantung pada lokasi dan Institut memandu. Grab turut menawarkan pemulangan semua kos antara RM170 hingga RM300 bagi pemandu baru yang ingin mendapatkan lesen ini.
Proses pengesahan dokumen dan kelulusan permit ehailing oleh APAD mengambil masa 7 hingga 14 waktu bekerja. Setelah itu, akaun ada akan diaktifkan dan anda boleh mula menjana pendapatan sebagai Grabcar driver.