Ujian teori Lesen Vokasional PSV dimansuhkan

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pemansuhan ujian teori bagi Lesen Vokasional melibatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) berkuat kuasa serta-merta.

Serentak itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut memaklumkan, kelas teori bagi Lesen Vokasional juga boleh dilaksanakan secara atas talian.

“Ini bermakna pemandu PSV dan GDL hanya perlu menduduki dan melengkapkan kelas teori sebelum dikeluarkan Lesen Vokasional.

“Bagi calon kategori Lesen PSV untuk bas dan GDL bagi Lori Bersendi pula, mereka masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali atau praktikal sebelum mendapat Lesen Vokasional,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, pelaksanaan kelas teori bagi Lesen Vokasional akan dilaksanakan sama ada menerusi platform Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau syarikat perniagaan pengantaraan yang dikawal selia JPJ.

Justeru katanya, JPJ akan menetapkan syarat dan peraturan berkaitan penyediaan platform atas talian bagi memastikan kesahihan dan integriti calon dengan data kehadiran akan diintegrasi melalui sistem MySIKAP.

“Silibus kelas teori bagi Lesen Vokasional melibatkan perkhidmatan e-hailing dan teksi akan disemak serta ditambah baik oleh JPJ dan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dengan bantuan input daripada pihak industri.

“Keputusan memansuhkan ujian teori Lesen Vokasional diharap dapat menambah jumlah pemandu teksi dan e-hailing di atas jalan raya sekali gus menstabilkan harga tambang perkhidmatan itu,” ujarnya.

Daftar Grabcar di sini 
https://bit.ly/grabregistrationwb

    Comments are closed

    Disclaimer

    This website is operated by a third party, 'Grab Authorised Alpha Team' to manage and register new Grab Driver-Partner and Grab Delivery-Partner in Malaysia since 2017. 

    This website is operated by a Third Party, and is not endorsed by or affiliated with Grab (MyTeksi Sdn Bhd)
    WhatsApp chat