Pada 3 April lalu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengumumkan had usia penggunaan kenderaan bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing di negara ini dilanjutkan sehingga 15 tahun. Namun, pengumuman tersebut ‘bagai ditarik balik’ selepas kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook rasmi APAD telah dipadamkan.

Walau bagaimana pun, hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan had usia maksima penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun, berkuatkuasa dari 1 Januari 2023.

Ia melibatkan semua kenderaan e-hailing di seluruh negara dan semua teksi di Semenanjung Malaysia merangkumi teksi biasa, teksi lapangan terbang dan teksi mewah.

Selaras dengan pengumuman tersebut, Loke berkata, had usia melesen akan dikemaskini kepada 14 tahun. Ini bermaksud mana-mana kenderaan yang hendak dilesenkan bagi tujuan teksi dan e-hailing mesti berbuat demikian sekurang-kurangnya setahun sebelum had usia 15 tahun. Dengan ini, kerajaan membenarkan kenderaan yang telah mencapai had usia 10 tahun terdahulu namun masih belum mencapai usia 15 tahun untuk kembali beroperasi.

“Saya ingin menekankan bahawa penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing adalah sentiasa tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan berkala untuk memastikan hanya kenderaan yang mematuhi syarat- syarat teknikal dan ciri-ciri keselamatan dilesenkan untuk beropeasi di atas jalan raya.

“Dengan pelaksanaan dasar baharu had usia 15 tahun ini, saya berharap beban di atas bahu para pemandu teksi serta e-hailing dapat diringankan serba sedikit khususnya untuk golongan pemandu yang amat terkesan dalam tempoh PKP Covid-19 dari tahun 2020 hingga tahun 2022. Sekiranya tempoh had usia dikekalkan pada 10 tahun, ramai pemandu terpaksa menanggung kos besar untuk membeli kendaraan yang baru dengan cara berhutang walaupun sumber pendapatan mereka masih tidak menentu,” tambahnya.

Berkenaan dengan had usia teksi di Sabah, WP Labuan dan Sarawak, dasar sedia ada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak masih terpakai.

“Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), LPKP Sabah dan LPKP Sarawak akan membuat pemakluman lanjut berhubung tarikh mula permohonan dibuka untuk membolehkan pengendali dan pemandu teksi dan e-hailing datang ke kaunter untuk melesenkan dan memperbaharui permit dengan ketetapan dasar baru had usia ini,” katanya.

Nak daftar Grabcar?
Klik link ini https://bit.ly/grabregistrationwb
https://grabeasyregister.com/

Categories: Uncategorized

WhatsApp chat